TARIK KERETA ( REPOSESSION )

Ramai yang masih keliru dan takut apabila hutang kereta tidak berbayar dan dikhuatiri kereta akan ditarik.Bila boleh ditarik? Siapa yang akan tarik? Berapa yang perlu dibayar?

Bila kereta boleh ditarik?

Kenderaan hanya boleh ditarik apabila seorang peminjam gagal menjelaskan bayaran bulanan hutangnya selama 2 bulan 21 hari atau apabila tunggakkan hutang mencecah 3 bulan.Mengikut kepada Hire Purchase act (akta Sewa Beli) apabila seorang peminjam gagal membuat bayaran selama 2 bulan atau mempunyai 2 bulan tunggakan maka syarikat atau bank diwajibkan menghantar suatu surat yang dipanggil 4th schedule atau Jadual keempat ( Notis penarikan kenderaan @ notice intention to repossessed). Surat ini memberitahu bahawa jika dalam masa 21 peminjam gagal menjelaskan bayaran maka kenderaan akan ditarik.

Siapa yang akan menarik kenderaan?

Pada kebiasaannya syarikat atau Bank akan menggunakan agen yang berdaftar dengan AHPCM untuk menjalankan penarikan. Agen yang sah akan membawa surat kebenaran untuk menarik kenderaan ( repossession order) dan akan mencari kenderaan yang tertera di atas Surat penarikan tersebut.Apabila agen berjaya membuat penarikan , agen tersebut diwajibkan untuk melaporkan penarikan tersebut di balai Polis terdekat sebelum menghantar kenderaan tersebut ke mana-mana pusat penyimpanan atau stor pihak bank atau syarikat.

Apa yang perlu dilakukan jika berlakunya penarikan??

Apabila berlakunya penarikan , si peminjam dinasihatkan untuk meminta salinan perintah penarikan, melihat kad kuasa penarikan agen yang sah dan mendapatkan butir-butir diri agen penarikan bagi mengelakkan berlaku kecurian atau penipuan. Jika tidak keberatan diminta peminjam pastikan bahawa agen membuat repot polis di balai.Kerap terjadi penipuan dimana pencuri kenderaan mengambil kesempatan diatas kelalaian ini.Peminjam dinasihatkan agar jangan cuba membayar ‘wang kopi’ kepada agen yang menarik kereta kerana selalunya pihak bank akan mengeluarkan perintah penarikan kepada beberapa agen yang sah . Membayar wang kopi tidak menyelesaikan masaalah anda dan ianya diketogeri kan sebagai RASUAH kerana agen hanya boleh mendapat upah daripada syarikat atau bank dan untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran atau cas yang melampau oleh pihak agen penarikan .

Selepas kenderaan ditarik atau diserahkan kembali. Syarikat atau bank akan mengeluarkan surat yang dipanggil Jadual kelima ( 5th Schedule) Dimana peminjam akan diberikan tempoh selama 21 hari untuk mengambil semula kenderaan dengan membayar semua tunggakan atau jumlah yang dipersetujui oleh pihak bank ataupun peminjam diberi peluang untuk memperkenalkan pembeli diatas harga reserve yang ditetapkan oleh pihak bank atau syarikat.Jika tidak ada apa-apa jawapan dari peminjam , syarikat atau bank akan melelong kenderaan tersebut secara lelongan awam terbuka atau melalui tender yang akan diawasi oleh satu badan atau komiti.Sesiapa sahaja yang menawarkan harga tertinggi melepasi harga reserve yang ditetapkan akan mendapat kenderaan tersebut.Jika ada lebihan wang dari jualan secara tender atau lelongan awam. Wang tersebut akan dikembalikan kepada peminjam.

Oleh yang demikian jika seorang peminjam sudah hilang upaya untuk meneruskan pembayaran adalah lebih baik kenderaan tersebut diserahkan kembali kepada syarikat atau pihak bank kerana pihak bank TIDAK boleh mengenakan sebarang cas tambahan seperti Kos penyimpanan, kos penarikan dan lain-lain cas sehingga kenderaan tersebut dilelong atau dijual.Jika selepas jualan masih terdapat baki hutang yang perlu dijelaskan( loss after sale) . Peminjam boleh berbincang dengan pihak bank atau syarikat mengenai pembayaran semula yang mampu dibuat untuk menyelesaikan hutang yang masih ada.

8 responses to “TARIK KERETA ( REPOSESSION )

  1. Good info !
    Harap2 ramai yg baca & faham pasal car repo nih.
    Thanks bro !

  2. Sy pernah dgr dr kwn sy yg bapak dia keje tarik kereta… dia ckp kereta tidak boleh ditarik pada waktu dan hari yg berikut:

    1. Selepas waktu pejabat. Maknanya malam tak boleh tarik kereta.
    2. Hari Cuti Umum, cuti2 yg ada dalm takwim cuti tahunan negara. Hari2 mcm ni pun penarik kereta tak boleh tarik kereta yg xbyr.
    3. Cuti2 hujung minggu pon kwan sy kata tak boleh tarik.

    Jadi untuk lebih kepastian dan mengenalpasti adakah kawan saya tu ckp lebih, diminta tuan2 mengesahkan ttg kebenaran kpd apa yg sy tulis diatas berdasarkan kepada maklumat yg berikan oleh kawan saya tadi.

    Sekian, TQ.

  3. saya ingin meminta pandangan berkenaan penarikan dan susat susulan daripada pihak bank.

    kereta saya telah pun ditarik lebih kurang 4 bulan lepas tanpa menerima apa2 surat dari pihak bank berkenaan apa yang patut saya buat dan dgn sapa patut saya berhubung, saya juga tidak meneriama apa2 surat dari pihak bank apa yang saya terima adalah surat setelah lelongan dibuat dan harga yang dapat dijual kurang daripada baki berhutang dgn bank.

    disini ingin saya mendapatkan nasihat adakah saya membuat tuntutan tribunal berkenaan perkara diatas

  4. Saya ada satu masalah yg sedang mengganggu ketika ini, abang saya ada membeli sebuah kereta lelong dengan harga kurang dari 5,000. Oleh kerana dia tidak boleh membeli dengan menggunakan nama dia maka dia meminta guna nama saya.

    memandangkan harganya yg agak murah dengan bayaran bulanan RM140, maka saya pun setuju, selepas beberapa tahun digunakan dan masalah pada enjin kereta maka dia tidak membayar bulanan, jika x silap baki kurang dari RM3000,

    kereta tersebut dibeli lebih 10 tahun dahulu dan penarikannya dalam tahun 2000. Bank telah tarik di rumah abang saya dan info diterima selepas itu kereta telah dapat dijual oleh pihak bank dengan lelongan.

    Semuanya dijangka selesai kerana pihak bank tidak menghubungi kami. Tetapi selepas lebih 10 tahun, pihak bank telah menalifon saya dan menuntut pembayaran sebnyak RM18,000 termasuk interest.

    Sekarang ni kereta dah ditarik dan dilelong pleh pihak bank dan menuntut bayaran dari saya dgn kadar yg tidak munasabah. Jika saya tidak membuat pembayaran, mereka akan menuntut ke mahkahmah.

    satu lagi, pada masa tu, saya membuat pinjaman dgn Multi Purpose bank dan Bank tersebut dah x wujud lagi, tetapi sekarang pihak Alliance bank pula yg tuntut selepas lebih 10 tahun.

    apakah hak saya dalam kes ini, adakah saya perlu membayar balik RM18,000 dengan kenderaan tiada pada tangan saya atau ada cara lain yang patut saya lakukan. Seakarng ni hari2 pihak bank menalifon dan SMS menuntut bayaran tersebut hingga mengganggu kerja harian saya.

    Sekian Terimakasih
    Din

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s