KERETA OH KERETA

Hampir setiap rakyat Malaysia akan memiliki kereta dan akan terlibat dengan pembiayaan pinjaman kenderaan. Pinjaman sewa beli atau Hire Purchase Loan.Sering kita dengar dan lihat , ramai yang tertanya-tanya macam mana nak beli kereta. Apa procedur untuk dapatkan pinjaman pembiayaaan sewa.

Sering juga kita dengar ramai yang tertipu oleh agen-agen dan syarikat kereta. Kereta yang ditrade in hilang tetapi masih menanggung hutang. Kereta yang dibeli tidak seperti kereta yang dilihat semasa kali pertama. Letak deposit tetapi tak dapat kereta dan lain-lain.

Selepas mendapat kereta ada masaalah dengan syarikat kewangan. Masaalah sewaktu kereta ditarik. Masaalah dengan kewangan dan ingin mengurangkan bayaran bulanan. Masaalah nak menjual kereta.Ada belbagai cerita dan peristiwa yang boleh menjadi pedoman.

Blog ini dihasilkan bagi berkongsi pengalaman didalam dunia pembiayaan kereta.Saya telah bergelumang selama hampir 15 tahun didalam dunia Auto Financing dan berasa sudah menjadi tanggung jawab saya untuk memberikan serba sedikit tunjuk ajar sebagai pedoman . Hampir setiap orang akan melaluinya. Kereta , motor sikal dan lain-lain sudah menjadi keperluan didalam hidup.Namun begitu ramai yang masih ambil tak peduli dengan perkara ini. Hanya mereka yang terlibat secara langsung dengan dunia pembiayaan auto financing yang akan tahu selok belok dan procedur atau cara-cara mendapatkan pinjaman atau urusan pembelian dan penjual kenderaan secara sah. Ramai yang hanya bergantung kepada Jurujual atau kedai kereta untuk menguruskan semua tanpa tahu apa yang sepatutnya diuruskan oleh mereka yang berkenaan. Kita terdedah untuk ditipu, diperdaya yang menyebabkan kita kerugian, terpaksa membayar lebih dan yang paling kita takuti ialah kehilangan kereta yang kita jual kepada pihak ketiga dengan Hutang dengan Pihak bank masih belum diselesaikan tetapi kenderaan telah hilang entah kemana.Hairan kenapa sesuatu yang akan dilalui oleh semua orang tetapi tidak diendahkan sehingga apabila berlakunya penipuan pun kita masih tak sedar???Kita terpedaya atau tertipu dan terpaksa menanggung kerugian hanya kerana kita ambil sambil lewa atau tak ambil peduli salah satu ilmu yang perlu ada dizaman ini.

Diantara perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut.

Cara pembelian kereta baru & terpakai
– Apa yang perlu kita lihat.-kedai kereta yang macam mana
– Berapa bayaran atau apa bayaran yang perlu dibayar
– Dokumen apa yang perlu dibawa atau diberi bagi mempercepatkan proses mendapatkan pinjaman sewa beli.
– Dokumen apa yang perlu kita tanda tangani.
– Bila boleh kita ambil kereta.
– Warantry untuk kereta baru dan terpakai.
Apa diperlukan untuk meminta pinjaman kereta

1. Jenis-jenis Kenderaan

• New passenger car, 4WD, MPV and SUV (CBU and CKD).
• Secondhand passenger car, 4WD, MPV, SUV and used reconditioned car.

2. Margin of Finance

Up to 90% of seller’s invoice

5. Kelayakan

• Individuals aged 18 years old and above.
• Sole proprietorships or partnerships.
• Private Limited and Public Listed Companies.
• Other commercial organisations.

7. Document yang diperlukan

These documents must be submitted along with the application form at any of the CIMB Bank branches. The bank reserves the right to request for additional documentation where deemed necessary.

Individual Non – Individual
NRIC and valid driving license photocopy X X
Latest 3 months’ salary slip X
EA form / EPF statement (last 2 years) X
Bank statements X X
Other proof of income X
Business registration A&D X
Form B & D for sole proprietorships or partnership X
Form 24, 44, 49 & M&A for private limited companies (Sdn. Bhd.) or audited financial statements for Sdn. Bhd. X

8. Application Form

Perlu mengisi borang yang mana perlu diisi butir butir diri. Borang permohonan
Dari bank-bank adalah berbeza.Disini saya lampirkan salah satu contoh borang
Permohonan. Contoh ini diambil dari CIMB bank.

6. Mode of Paymments

• Payments via online banking, or
• Monthly installments at all Bank branch, ATM and Cash Deposit Machine (CDM), or
• Set up automatic payments via standing instruction.

Menghadapi masaalah kegawatan ekonomi.

Setiap individu mempunyai skill dan kebolehan yang berbeza. Namun begitu kegawatan ekonomi kali ini akan amat dirasai oleh mereka yang berada didalam sektor pembuatan dan perkilangan terutamanya sektor elektronic .

Bermula dengan pengurangan kerja lebih masa atau mungkin diberhentikan buat sementara dan yang paling menakutkan apabila diberhentikan pekerjaan.Akibat utama ialah keupayaan untuk membayar bayaran bulanan untuk kenderaan.APAYANG PERLU ANDA LAKUKAN.

1. Jangan duduk diam atau cuba larikan diri dari pihak bank.Ini tidak menyelesaikan masaalah anda malahan anda mungkin akan dikenakan tindakan mahkamah dan penambahan yang meyebabkan anda mungkin akan disenarai hitam atau dibankrapkan.
2. ANDA dinasihatkan menghubungi bank anda menceritakan masalah anda dan cuba untuk berbincang bagaimana untuk mengurangkan bayaran bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman atau lain-lain.
3. Cuba berbincang dengan pihak bank untuk mengembalikan semula kenderaan dan anda cuba dapatkan harga yang terbaik untuk kenderaan anda dan mungkin dapat menyelesaikan hutang atau mengurangkan jumlah hutang yang anda tanggung serta anda boleh berbincang pembayaran selanjutnya untuk menyelesaikan baki hutang dengan bayaran yang minima sementara anda menghadapi krisis kewangan ini.
4. Tukar cara hidup dengan menggunakan kenderaan yang lebih kecil dan bayaran bulanan yang lebih murah. Hubungi bank anda untuk dapatkan panel kenderaan terpakai untuk mengelakkan anda dari ditipu .
5. Jangan sesekali menjual kenderaan anda kepada orang lain walaupun mereka yang anda kenali tanpa menukar nama atau menyelesaikan hutang anda seperti yang selalunya mereka yang kurang berpengetahuan menjual dengan hanya menyambung bayaran kerana 95% dari pengalaman saya akan timbul masaalah mereka tidak membayar atau terus hilang.

Untuk makluman anda .Pihak bank terutamanya CIMB BANK ada menyediakan Pakej Penjadualan semula pinjaman kenderaan yang mana boleh mengurangkan beban bayaran bulanan kenderaan anda.
Apa yang anda perlu lakukan hanya dengan hadir ke mana-mana cawangan CIMB yang mempunyai kemudahan Auto Financing dan membawa dokumen-dokumen bukti pendapatan terkini dan permintaan penjadualan semula anda akan di proses segera ATAU SMS SAYA di 012-2905445

About these ads

14 responses to “KERETA OH KERETA

  1. askum….terima kasih kerana berkongsi maklumat yang anda berikan. Ianya sedikit sebanyak menambah pengetahuan..Saya mempunyai beberapa pertanyaan di sini tentang hire purchase loan ataupun apa2 jenis loan yang disediakan oleh bank2 perdagangan di malaysia. Apa yang saya sedia maklum, bank2 perdagangan di negara kita hampir kesemuanya menawarkan perkhidmatan yang sama tetapi ada sedikit perbezaan..saya ingin membuat pinjaman pembelian kereta dalam masa yang terdekat ini. tetapi saya tidak tahu bank manakah yang terbaik bagi situasi saya dari segi kelayakan berdasarkan pekerjaan saya. Berikut adalah maklumat tentang pekerjaan dan purata pendapatan saya.

    -Umur 27tahun
    -Bekerja secara kontrak (tahun tetapi boleh disambung)
    -Tiada pendapatan tetap (hanya berdasarkan jumlah kerja (job) yang dibuat).
    -Syarikat majikan adalah berdaftar,well establish.
    -Tiada potongan KWSP.SOCSO ataupun apa2 yang berkaitan.
    -Pembayaran gaji melalui cek dan bank in sendiri ataupun melalui manager saya.
    -Mempunyai surat tawaran kerja daripada majikan serta pengesahan purata pendapatan bulanan. Kontrak perjanjian dengan syarikat majikan pun ada.

    Saya sedikit musykil tentang situasi saya. Adakah layak memohon pinjaman ataupun tidak. Ingin saya nyatakan disini, purata pendapatan bulanan saya sehingga kini adalah 3k sahaja. Itu sahaja pertanyaan saya. harap2 saudara dapat memberi kalau tidak banyak, sedikit maklumat pun jadilah..dah pikir2, lenguh jugak kalau pegi setiap banyak tanya dorang kan…hahaha…

    harap2 saudara dapat membantu dan hantarlah email secepat yang mungkin. apapun saya dahulukan dengan terima kasis atas perhatian anda…peace n askum..

    • Anda boleh mendapatkan pinjaman dari mana-mana bank . Dokumen yang anda perlu sediakan adalah.
      1)Surat tawaran kerja serta pengesahan pendapatan.
      2) Buku bank anda dimana transaksi masuk gaji bulanan anda dapat dibuktikan.
      3) Apa-apa bentuk penyata gaji bulanan.
      4) Tunjukkan bukti pendapatan dari lain-lain sumber jika ada untuk menguatkan permohonan anda.

      Yang paling penting adalah anda tidak mempunyai apa-apa sejarah kredit yang buruk.
      Untuk menguatkan credit standing anda, anda cuba dapat kan 1 kredit card dan bayar penuh setiap kali anda gunakannya atau cuma aktifkan kad tersebut selepas itu tak perlu guna.

  2. assalamualaikum..

    amcam pula kereta tahun 2001 wira 1.5, kereta nie dijual dengan harga rm28k..kereta nie dijual dengan harga tersebut kerana enjin kereta tersebut telah di modifikasi dan sekarang menggunakan jentera 1.5 dari enjin lain..bagaimana untuk membuat pinjaman untuk kereta tersebut? dan adakah akan timbul sebarang implikasi yang buruk daripada pinjaman kereta tersebut?

  3. salam..

    Sy ada pertanyaan mengenai pinjaman kenderaan.. sy pernah membuat pinjaman kenderaan.. then, sy bg abg ipar sy sambung bayar sbb sy beli kereta lain. ditakdirkan kereta yg abg ipar sy pakai, ditarik & dilelong. jadi sy menanggung hutang & didakwa di mahkamah.
    bulan Mac yang lepas sy berjaya menyelesaikan tunggakan hutang.. Alhamdulillah. tapi masalah sy sekarang, sy ada apply utk beli kereta yg baru, tetapi telah di tolak sbb bank beritahu masa yg diperlukan utk bersihkan nama adalah 6bulan. sedangkan sy ada bertanya dgn Bank Negara, diaorg bgtau hanya 40hari.. any advise?

  4. assalammualaikum…

    baru-baru nie saya berminat nak beli sebuah kereta. harga nya dalam 3ok.. masalah nya owner kereta nie nak kn cash.. saya nak tanye macam mane saye nak buat pinjaman dekat bank?? nie first time saye nak beli kereta. so saya tak tahu mengenai pinjaman bank nie…

  5. Salam, jika anda berminat utk urusan Refinance kereta…kekal nama..sila hubungi saya. Kami wakil AMCB. Fauzi 0193143601. Tq

  6. assalamualaikum…
    nk tanye kalau kite nak buat loan kereta tanpa slip gaji macam mane?….ye la kalau kerja sendiri mane ade slip gaji..

  7. SY NK TYA PASAL FULL LOAN…GAJI HUJUNG BLN RM1200,BOLEH X WAT FULL LOAN,UTK KERETA

  8. boleh.

  9. masaalah dengan ejen tu……..cuba call pihak bank tanya hal sebenar.

  10. yang penting mesti settle kan hutang dengan bank.

  11. nakmudah beli kereta yang murah je…….senang lulus loan.

  12. susah nak cakap….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s